Diterbitkan pada 1 September 2025, 12:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Bangkok – AUKEY meluaskan ekosistem MagFusion Qi2.2 dengan melancarkan 15 produk baharu yang terdiri daripada 12 pengecas tanpa wayar dan tiga bank kuasa tanpa wayar bersempena dengan Persidangan Rakan Kongsi Asia Tenggara di Bangkok, Thailand.

AUKEY selaku peneraju global dalam pengeluaran aksesori elektronik pengguna terus mengukuhkan kedudukannya dengan menghasilkan produk yang menyeimbangkan fungsi praktikal dan estetika berprestij.

Reputasi jenama ini semakin kukuh dalam pasaran dunia menerusi siri MagFusion yang meraih pengiktirafan antarabangsa, termasuklah Anugerah Reka Bentuk iF (iF Design Award) dan Anugerah Reka Bentuk Dot Merah (Red Dot Design Award)..

AUKEY yang terkenal sebagai perintis dalam inovasi pengecasan tanpa wayar dengan produk yang menggabungkan teknologi terkini bersama-sama reka bentuk yang menarik tampil sebagai peneraju dengan menawarkan pelbagai produk untuk gaya hidup yang merangkumi pengecasan satu hingga empat peranti secara serentak dalam bentuk pengecas meja, pengecas lipat perjalanan dan bank kuasa tanpa wayar.

Sebahagian daripada tetamu undangan yang menghadiri Persidangan Rakan Kongsi Asia Tenggara.

Menurut Naib Presiden AUKEY, Encik David Wu, AUKEY sentiasa meletakkan keperluan pengguna sebagai keutamaan dalam pembangunan penyelesaian pengecasan tanpa wayar.

Naib Presiden AUKEY, Encik David Wu.

Ujarnya,

Dengan adanya sokongan rakan kongsi serantau, AUKEY komited untuk terus memperkenalkan produk inovatif dan berkualiti tinggi ke pasaran global.

Antara produk utama keluaran AUKEY termasuklah MagFusion 1X, iaitu pengecas meja dengan sudut laras 35 darjah yang hadir dalam tiga pilihan warna moden, iaitu kelabu tua (dark grey), frost white dan desert gold.

MagFusion 2X pula merupakan pengecas dwitelefon Qi2.2 pertama di dunia dengan reka bentuk “tapak + pendirian” yang sesuai untuk golongan profesional bagi menyeimbangkan kerja dan kehidupan mereka.

Selain itu, MagFusion 3X Pro menyokong pengecasan tiga buah telefon secara serentak dengan teknologi penyejukan aktif Omnia-Frez yang mampu mengurangkan haba hingga 20 darjah Celsius.

MagFusion 3X Pro.

Untuk kegunaan keluarga pula, MagFusion Titan hadir sebagai stesen pengecasan 4–dalam–1 berprestasi tinggi yang boleh mengecas hingga empat peranti pada masa yang sama.

Sementara itu, rangkaian pengecas lipat MagFusion L Series dan MagFusion C Series turut direka khusus untuk pengembara, manakala MagFusion Z yang pernah memenangi Anugerah Reka Bentuk iF dan Anugerah Reka Bentuk Dot Merah kini dinaik taraf kepada piawaian Qi2.2.

AUKEY turut memperkenalkan bank kuasa tanpa wayar berprestasi tinggi seperti MagFusion Reel 5000 dan MagFusion Reel 10000, masing-masing dengan reka bentuk yang nipis, kabel boleh tarik serta berkapasiti besar yang menyokong pengecasan pantas 25 watt.

Para pengunjung tidak melepaskan peluang melawat pameran bersempena dengan Persidangan Rakan Kongsi Asia Tenggara di Bangkok.

Berhubung dengan promosi jualan bersempena dengan 9.9, AUKEY menawarkan potongan harga hingga 50 peratus bagi produk Qi2.2.

Kempen yang diadakan turut menampilkan peraduan hadiah eksklusif di Shopee dengan tawaran hadiah yang bernilai hingga RM10,000, termasuklah Nintendo Switch 2 sebagai hadiah utama.

Kesemua promosi produk AUKEY boleh didapati dalam platform rasmi jenama berkenaan seperti Shopee AUKEY Official Store, Lazada Official Store, laman sesawang AUKEY Malaysia serta media sosial rasmi AUKEY Malaysia di Instagram dan Facebook.

Kredit Foto: AUKEY
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi