Diterbitkan pada 28 Februari 2022, 17:43

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Petaling Jaya – Jabatan Meterologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia dan Sabah. Kawasan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

  • 28 Februari 2022 hingga pukul 7.00 malam
  1. Kedah – Kulim dan Bandar Baharu
  2. Pulau Pinang
  3. Perak – Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim
  4. Selangor – Hulu Selangor
  5. Melaka
  6. Johor – Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian
  • 28 Februari 2022 hingga pukul 6.00 petang
  1. Sabah – Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran, Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod, Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat

Sumber: Jabatan Meterologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi