Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kerajaan memastikan bekalan gas dalam negara kekal stabil dan mencukupi untuk menampung operasi loji jana kuasa di seluruh negara, sekali gus menjamin sistem bekalan elektrik rakyat tidak terganggu. Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, YAB Datuk Amar Fadillah Yusof, menegaskan perkara itu ketika mengulas situasi semasa bekalan tenaga negara.
Kira-kira 85 peratus pengguna tempatan tidak terjejas dengan kenaikan harga bahan api antarabangsa walaupun krisis di Asia Barat masih berterusan.
Beliau berkata sistem penjanaan elektrik di Semenanjung Malaysia menggunakan antara 40 peratus hingga 45 peratus gas asli sebagai bahan api utama, dengan sebahagian besar bekalan diperoleh daripada sumber tempatan di Kerteh, Terengganu serta kawasan pembangunan bersama Thailand-Malaysia.
Katanya,
Perkembangan ini tidak menjejaskan tahap ketersediaan dan jaminan bekalan elektrik negara pada masa ini.
Walaupun Iran menutup laluan Teluk Hormuz pada 2 Mac lepas, satu tindakan yang telah menggoncang pasaran tenaga antarabangsa, tetapi beliau berkata kementerian masih memantau perkembangan itu dengan rapi dan bersiap sedia mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya sekiranya keadaan akan menjadi bertambah buruk.
Namun demikian, buat masa ini, bekalan elektrik di dalam negara masih terjamin sepenuhnya. Bagi membendung kesan kenaikan kos bahan api terhadap rakyat, kerajaan meneruskan mekanisme Pelarasan Bahan Api Automatik di bawah kerangka Peraturan Berasaskan Insentif bagi tempoh 2025 hingga 2027. Melalui mekanisme ini, sebarang perubahan harga gas atau arang batu akan diselaraskan setiap bulan berdasarkan harga sebenar di pasaran antarabangsa.
Pengguna tempatan dengan penggunaan tidak melebihi 600 kWj sebulan dikecualikan
sepenuhnya daripada pelarasan kos bahan api.
Sejak Julai 2025, kerajaan telah menyalurkan subsidi berjumlah RM2.50 bilion kepada
pengguna melalui rebat bil elektrik sebagai galakan jimat tenaga. YAB Datuk Amar Fadillah Yusof turut memaklumkan bahawa kadar Pelarasan Bahan Api Automatik dijangka kekal dalam bentuk rebat sehingga bulan April 2026, namun berpotensi berubah sekiranya ketegangan di Asia Barat terus meruncing dan menghimpit kos bahan api antarabangsa.