Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Kerajaan mengumumkan larangan mutlak terhadap pengimportan sisa elektronik (e-sisa) ke negara ini berkuat kuasa pada 1 April 2026.
Menurut Ketua Pengarah Kastam, YBhg. Dato’ Haji Amran Haji Ahmad dalam satu kenyataan, langkah tegas itu dilaksanakan melalui pewartaan Perintah Kastam (Larangan mengenai Import) (Pindaan) (No. 3) 2026 [P.U.(A) 151/2026] yang diletakkan di bawah Jadual Pertama perintah berkenaan dan pewartaan itu dibuat selaras dengan subseksyen 31(1) Akta Kastam 1967.
Ujarnya,
Keputusan itu dicapai hasil daripada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste dalam Negara Bilangan 2 Tahun 2026.
Beliau berkata, langkah ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk memperketat kawalan terhadap kemasukan sisa berbahaya ke dalam negara, sekali gus melindungi kelestarian alam sekitar.
Mengulas lebih lanjut, Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan memperkukuh kerjasama strategik dengan pelbagai agensi penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap arahan baharu ini.
“Antara agensi yang terbabit, termasuklah Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam serta Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia,” maklumnya.
Tindakan tegas dan berkesan akan diambil bagi memastikan larangan pengimportan buangan terjadual ini dikuatkuasakan sepenuhnya, selaras dengan komitmen Malaysia pada peringkat antarabangsa di bawah Konvensyen Basel.