Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPetaling Jaya – Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di beberapa negeri hingga pukul 9.00 malam ini.
Melalui kenyataan yang dikeluarkan pada pukul 5.15 petang ini, negeri yang terlibat ialah Kedah yang melibatkan daerah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Pulau Pinang; Perak yang melibatkan kawasan Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Pahang di kawasan Bentong dan Bera; dan Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
Selain itu, negeri lain yang terlibat ialah Negeri Sembilan yang melibatkan kawasan Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin; Melaka; dan Johor.
Keadaan yang sama juga dijangka berlaku di Sarawak yang melibatkan Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu (Kanowit), Kapit (Kapit) dan Bintulu (Tatau) serta Sabah yang melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahad Datu), Sandakan dan Kudat.

Orang ramai dinasihati merujuk laman sesawang METMalaysia, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
Sumber: Jabatan Meterologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air