Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPetaling Jaya – Malaysia akan mengalami Fasa Peralihan Monsun yang dijangka bermula pada 14 Mac dan berterusan hingga pertengahan bulan Mei.
Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah, permulaan fasa peralihan tersebut menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut yang bermula sejak 3 November 2021.
Semasa Fasa Peralihan Monsun ini, negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah yang amat sesuai untuk kejadian ribut petir. Keadaan ini lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa singkat.
Munurutnya lagi, kejadian ini berlaku terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.
“Keadaan cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat dan kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” jelasnya menerusi kenyataan media METMalaysia hari ini.
Orang ramai dinasihatkan lebih berwaspada semasa tempoh ini serta sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca yang dikelaurkan oleh METMalaysia. Orang ramai juga boleh menghubungi talian utama METMalaysia melalui nombor 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
(Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia, Kementerian Alam Sekitar dan Air)