Diterbitkan pada 24 Oktober 2024, 15:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Shah Alam – Skyhill Clinic mencipta sejarah apabila diiktiraf oleh Malaysian Book of Records (MBOR) sebagai klinik yang paling banyak melakukan pemeriksaan hormon di Malaysia.

Pengiktirafan tersebut diumumkan dalam sidang media yang berlangsung di Skyhill Clinic, Denai Alam, semalam.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Skyhill Clinic, YBrs. Dr. Linda Mat Hassin menegaskan bahawa klinik ini sentiasa komited dalam memperkasakan kesihatan wanita melalui pendekatan alami dan penjagaan hormon yang menyeluruh.

YBrs. Dr. Linda Mat Hassin.

Katanya,

Pengiktirafan ini bukan sahaja tentang jumlah pemeriksaan yang telah kami lakukan, namun sebagai tanda perjuangan kami untuk menyediakan penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti, khususnya kepada wanita di Malaysia.

Tegas beliau, pendekatan Skyhill Clinic yang menitikberatkan penjagaan kesihatan secara holistik berupaya membantu wanita mengatasi masalah kesihatan hormon seperti ketidakseimbangan hormon, keletihan melampau dan isu kesihatan lain yang sering dialami dalam pelbagai peringkat kehidupan.

Ujar beliau,

Saya berharap pengiktirafan ini menjadi inspirasi kepada semua wanita untuk terus memberikan keutamaan terhadap kesihatan dan kesejahteraan hormon diri.

Tambah beliau, Skyhill Clinic akan terus berusaha untuk membawa perubahan positif dalam kehidupan wanita di Malaysia melalui penjagaan kesihatan hormon yang berkualiti dan pendekatan yang prihatin.

Beliau berkata,

Pengiktirafan daripada MBOR ini semakin mengukuhkan kedudukan Skyhill Clinic sebagai pusat rujukan utama dalam penjagaan kesihatan hormon wanita di Malaysia.

Selain itu, Skyhill Clinic turut menjadi simbol kepercayaan bagi wanita yang ingin menjalani pemeriksaan hormon dan mendapatkan penjagaan kesihatan berkaitan dengan hormon di negara ini.

Selebriti dan ikon kesihatan hormon Skyhill Clinic, Ella yang sering menjalani pemeriksaan kesihatan hormon di klinik tersebut turut hadir dalam sidang media berkenaan sebagai tanda menyokong soal kepentingan penjagaan kesihatan hormon bagi wanita.

Ella (kanan) ketika berkongsikan pengalaman mengenai perjalanan penuaan sihat bersama-sama Skyhill Clinic.

Menurut beliau, rawatan kesejahteraan hormon di Skyhill Clinic telah membantu dirinya untuk mengekalkan keseimbangan emosi, tenaga dan kekal muda.

Ujar beliau,

Kesihatan hormon amat penting untuk para wanita kerana saya sendiri merasai perbezaan selepas menjalani rawatan hormon di Skyhill Clinic, jadi saya berharap banyak wanita akan tampil menjalani saringan dan pemeriksaan kesejahteraan hormon supaya mereka kekal sihat meniti usia seperti saya.

Sebagai artis wanita tunggal yang menjadi inspirasi kepada banyak wanita, beliau turut menyeru agar wanita harus memiliki tahap kesedaran yang tinggi terhadap kepentingan menjaga kesihatan hormon.

Turut hadir ialah Puan Siti Hajar Johor dan Encik Aaron Bong Keng Jin dari MBOR yang menyampaikan sijil pengiktirafan berprestij tersebut kepada Skyhill Clinic.

Dari kiri: Encik Aaron Bong Keng Jin, Puan Siti Hajar Johor, YBrs. Dr. Linda Mat Hassin dan Ella bergambar bersama-sama sijil pengiktirafan daripada MBOR.
Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi