Diterbitkan pada 5 Julai 2025, 18:10

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Subang Jaya – Ahli Dewan Undangan Negeri Subang Jaya, Yang Berhormat (YB) Puan Michelle Ng Mei Sze menekankan bahawa pengambilan sarapan yang berkhasiat adalah penting kepada kanak-kanak sebelum ke sekolah.

Beliau membuat kenyataan berkenaan semasa melancarkan kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna” anjuran Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) dengan kerjasama Perniagaan Nestlé Cereal Partners Worldwide (CPW) Malaysia & Singapura di MYDIN Mall USJ.

Katanya,

Sarapan merupakan satu kemestian kerana jika kelaparan disebabkan oleh perut kosong, kanak-kanak sudah pasti tidak dapat belajar dengan tekun di dalam kelas.

YB Puan Michelle Ng Mei Sze ketika menyampaikan ucapan perasmian kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna” di MYDIN Mall USJ.

Pada masa yang sama, beliau turut meluangkan masa beramah mesra dan menyertai aktiviti bersama-sama kanak-kanak yang hadir dalam program tersebut.

Sebagai sebahagian daripada komitmen bersama, Nestlé Koko Krunch (NKK) dan MYDIN turut menganjurkan Pertandingan Mewarna Nestlé Koko Krunch dan MYDIN di lokasi yang sama dan menyambut kehadiran kanak-kanak dari Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah (RACTAR).

Kanak-kanak dari RACTAR yang menyertai kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna”.
Pertandingan Mewarna Nestlé Koko Krunch dan MYDIN merupakan sebahagian daripada kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna” yang menghidupkan matlamat Nestlé Koko Krunch dalam menyokong pertumbuhan kanak-kanak menerusi pemakanan dan pengalaman positif.

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada kempen “Kita Bawa Sarapan yang Bermakna”, sekali gus menghidupkan matlamat NKK dalam menyokong pertumbuhan kanak-kanak menerusi pemakanan dan pengalaman positif.

Sebahagian daripada kanak-kanak dari RACTAR yang menyertai Pertandingan Mewarna Nestlé Koko Krunch dan MYDIN.

Pegawai Eksekutif CPW Malaysia & Singapura, Encik Philip Joe dalam ucapannya berkata, Nestlé percaya bahawa permulaan hari yang positif bukan sahaja melalui sarapan pagi, malah menyantuni orang di sekeliling kita.

Encik Philip Joe ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Ujarnya,

Kami amat berbesar hati dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan anak-anak dari RACTAR dan amat bersyukur atas peluang untuk berkongsikan detik kegembiraan bersama-sama mereka serta berharap sumbangan kecil ini memberikan sedikit kelegaan dan sokongan kepada ahli RACTAR.

Sebagai bukti menyokong keperluan harian dan kebajikan kanak-kanak di RACTAR, NKK turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000.00 dalam majlis tersebut yang disampaikan kepada Pengurus RACTAR, Puan Haslinda Razali.

Puan Haslinda Razali (kiri) selaku wakil RACTAR menerima sumbangan daripada pihak Nestlé Koko Krunch dan Mydin Mohamed Holdings Berhad sebanyak RM10.000.00.

Sementara itu, Pengarah Urusan MYDIN, YBhg. Datuk Wira (Dr.) Haji Ameer Ali Mydin dalam satu kenyataan menyatakan bahawa MYDIN berasa gembira dapat menjadi sebahagian daripada pihak yang menjayakan kempen menyatukan keluarga dan komuniti secara bermakna ini.

Kata beliau,

Inisiatif ini adalah peringatan bahawa usaha kecil yang dilakukan dengan penuh keprihatinan mampu membawa perubahan, terutamanya apabila kita saling bekerjasama untuk menyokong pihak yang memerlukan.

Selepas aktiviti bersama-sama RACTAR pada waktu pagi, aktiviti lain dibuka kepada orang ramai yang turut menampilkan zon interaktif seperti permainan, aktiviti seni pasir dan gerai sampel produk bagi mencipta suasana yang meriah.

Sebahagian daripada hasil jualan bijirin sarapan Nestlé di semua cawangan MYDIN di seluruh negara telah disumbangkan kepada RACTAR, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan NKK demi memperkasakan kanak-kanak dalam bidang seni dan kraf.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi