Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPutrajaya – Yang Amat Berhormat (YAB) Timbalan Perdana Menteri Datuk Amar Fadillah Yusof sedang meneliti keperluan pembangunan tenaga nuklear negara menurut kenyataan beliau hari ini.
Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berkata inisiatif ini telah digariskan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri pada 31 Julai 2025.
Katanya,
Keperluan menilai potensi dan kebolehlaksanaan tenaga nuklear juga semakin mendesak berikutan ketidaktentuan landskap tenaga global. Faktor geopolitik dan ketidakstabilan harga bahan api fosil termasuk gangguan di laluan strategik seperti Selat Hormuz telah memberikan tekanan kepada pasaran tenaga dunia.
“Dalam hal ini, tenaga nuklear dilihat mampu menyediakan penjanaan bebas asas (base-load) yang stabil, rendah karbon serta mengurangkan kebergantungan negara terhadap bahan api fosil,
Bagi menjayakan usaha ini, MyPOWER Corporation Malaysia telah dilantik sebagai Nuclear Energy Programme Implementing Organisation (NPEIO) di bawah seliaan PETRA.
MyPOWER bertanggungjawab menerajui dan menyelaraskan segala usaha persediaan pembangunan program nuklear negara yang berpandukan pendekatan berfasa yang ditetapkan pleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.
Pada masa ini, MyPOWER sedang giat melaksanakan penilaian tenaga nuklear secara menyeluruh merangkumi pembangunan dasar, pengukuhan rangka kerja perundangan dan kawal selia serta penilaian pembangunan projek.
Selain itu, aspek penyertaan industri tempatan, pelibatan pihak berkepentingan dan pembangunan modal insan turut menjadi fokus utama dalam fasa persediaan ini.
YAB Datuk Amar Fadillah Yusof menegaskan bahawa keutamaan kerajaan adalah untuk memastikan setiap pertimbangan pembangunan nuklear dilakukan secara teliti berasaskan analisis teknikal yang komprehensif.
Jelas beliau, pendekatan ini bukan sahaja selaras dengan obligasi antarabangsa, malah menepati aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan perancangan jangka panjang berasaskan ilmu dan kesejahteraan generasi masa hadapan.